Pembukaan Tanpa Akhir
Pembukaan Tanpa Akhir
Couldn't load pickup availability
INTERNATIONAL PRAISE FOR THE ENDLESS BANQUET SERIES (Pembukaan Tanpa Akhir)
Setiap pembukaan lazimnya disusuli dengan pengakhiran. Namun dalam tradisi keilmuan Islam, pengakhiran bukanlah suatu yang bersifat muktamad. Sebaliknya, ia merupakan pintu gerbang ke arah ilmu yang lebih mendalam dan tidak berkesudahan. Demikianlah keunikan tradisi mentafsir al-Quran — ia sentiasa membuka ruang kepada kemungkinan pentafsiran yang tidak terbatas terhadap Kitab Suci.
Melalui naskhah Pembukaan Tanpa Akhir ini, Imam Hamzah Abdul-Malik mempersiapkan pembaca dengan memperkenalkan tema-tema utama al-Quran sebagai asas sebelum melangkah lebih jauh ke dalam ilmu tafsir. Penyusunan topik yang sistematik dalam setiap bahagian al-Quran membimbing dan membantu pembaca untuk meletakkan konteks makna dengan tepat.
Matlamatnya jelas: pembaca bukan sahaja akan memahami inti pati setiap bahagian, bahkan turut dapat menelusuri jalinan hubungan antara apa yang mendahului dengan apa yang menyusul.
Di samping sarat dengan muatan ilmu yang bernilai tinggi, aspek artistik yang indah serta gaya bahasa yang jelas menjadikannya sebuah karya yang menarik untuk dibaca — sesuatu yang kurang didapati dalam karya akademik.
Oleh hal yang demikian, saya sangat mengesyorkan karya ringkas ini sebagai wasilah terhadap makna dan pesanan al-Quran yang tiada sempadan.
— Imam Zaid Shakir
Pengasas Bersama,
Kolej Zaytuna (USA)
MENGENAI PENGARANG
Syeikh Hamzah Abdul-Malik menuntut ilmu Islam selama 15 tahun di Maghribi, Syria, Yaman, dan Mesir. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di New Haven, Connecticut, dan menghafaz al-Quran di Tangier sebelum berpindah ke Damsyik, di mana beliau menghabiskan masa selama lima tahun di Institut Abu Noor demi menekuni dan menguasai bahasa Arab, hukum Islam, dan ilmu kalam.
Pengajian intelektual beliau diteruskan di Tarim, Yaman menerusi pengajian secara persendirian, sebelum beliau akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Syariah daripada Universiti al-Azhar, Kaherah.
Kini, beliau berkhidmat sebagai Imam di Midtown Mosque di Memphis, dan merangkap Presiden Akademi Miraj.
