Skip to product information
1 of 1

Kod Al-Quran

Kod Al-Quran

Regular price RM40.00 MYR
Regular price Sale price RM40.00 MYR
Sale Sold out

Daripada pengarang siri The Endless Banquet, karya ini merupakan terjemahan The Qur'an Code: A Study & Explanation of Themes from the Qur'an (Juz Amma) yang merangkumi keseluruhan juzuk ke-30 Al-Quran. Tulisan dan terjemahannya dinukilkan dengan laras bahasa yang mudah agar setiap pembaca mampu mendekati Juz Amma dengan perspektif baharu dan penghayatan yang mendalam.

Menghafal dan mengkhatamkan juzuk ke-30 sudah dibudayakan sebagai adat peralihan (rite of passage) untuk umar lalam sedunia ketika usia kecil. Tujuannya untuk membekalkan mereka dengan cahaya al-Quran dalam perjalanan untuk meraih kejayaan di Akhirat kelak. Dengan itu, para ulama bersungguh mengkaji kedalaman dan keterkaitan surah-surah pendek ini sehingga kini. Dalam Kod Al-Quran, Syeikh Hamzah mendalami kesemua 37 surah dan memberikan penerangan secara terperinci, dengan penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

·      Tema utama setiap surah

·      Kedudukan setiap surah dalam al-Quran serta hubungannya dengan Sirah

·      Hubungan setiap surah dengan surah yang lain

·      Perbahasan terperinci tentang tema-sema penting dan penjelasan makna baris demi baris


Syeikh Hamzah Abdul Malik telah menuntut ilmu selama 15 tahun di Maghribi, Syria, Yaman, dan Mesir. Beliau yang berasal dari New Haven, Connecticut, telah berjaya menghafal al-Quran semasa menetap di Tangiers sebelum berpindah ke Damsyik. Di sana, beliau mendedikasikan masanya mendalami dan menguasai bahasa Arab, Fiqah, dan Akidah di Institut Abu Noor selama lima tahun. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah dan Tasawuf di Yaman sebelum berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Kaherah. Kini, beliau berkhidmat sebagai Imam di Masjid Midtown, Memphis dan memegang jawatan sebagai Presiden Akademi Miraj.

View full details