{"product_id":"pembukaan-tanpa-akhir","title":"Pembukaan Tanpa Akhir","description":"\u003ch3\u003e\u003cspan style=\"text-decoration: underline;\"\u003eINTERNATIONAL PRAISE FOR \u003cem\u003eTHE ENDLESS BANQUET SERIES\u003c\/em\u003e (\u003cem\u003ePembukaan Tanpa Akhir)\u003c\/em\u003e\u003c\/span\u003e\u003c\/h3\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eSetiap pembukaan lazimnya disusuli dengan pengakhiran. Namun dalam tradisi keilmuan Islam, pengakhiran bukanlah suatu yang bersifat muktamad. Sebaliknya, ia merupakan pintu gerbang ke arah ilmu yang lebih mendalam dan tidak berkesudahan. Demikianlah keunikan tradisi mentafsir al-Quran — ia sentiasa membuka ruang kepada kemungkinan pentafsiran yang tidak terbatas terhadap Kitab Suci.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eMelalui naskhah \u003c\/em\u003e\u003cstrong\u003ePembukaan Tanpa Akhir \u003c\/strong\u003e\u003cem\u003eini, Imam Hamzah Abdul-Malik mempersiapkan pembaca dengan memperkenalkan tema-tema utama al-Quran sebagai asas sebelum melangkah lebih jauh ke dalam ilmu tafsir. Penyusunan topik yang sistematik dalam setiap bahagian al-Quran membimbing dan membantu pembaca untuk meletakkan konteks makna dengan tepat.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eMatlamatnya jelas: pembaca bukan sahaja akan memahami inti pati setiap bahagian, bahkan turut dapat menelusuri jalinan hubungan antara apa yang mendahului dengan apa yang menyusul.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eDi samping sarat dengan muatan ilmu yang bernilai tinggi, aspek artistik yang indah serta gaya bahasa yang jelas menjadikannya sebuah karya yang menarik untuk dibaca — sesuatu yang kurang didapati dalam karya akademik.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eOleh hal yang demikian, saya sangat mengesyorkan karya ringkas ini sebagai wasilah terhadap makna dan pesanan al-Quran yang tiada sempadan.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: right;\"\u003e\u003cbr\u003e— Imam Zaid Shakir\u003cbr\u003ePengasas Bersama,\u003cbr\u003eKolej Zaytuna (USA)\u003c\/p\u003e\n\u003ch4\u003e\u003cspan style=\"text-decoration: underline;\"\u003eMENGENAI PENGARANG\u003c\/span\u003e\u003c\/h4\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eSyeikh Hamzah Abdul-Malik\u003c\/strong\u003e menuntut ilmu Islam selama 15 tahun di Maghribi, Syria, Yaman, dan Mesir. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di New Haven, Connecticut, dan menghafaz al-Quran di Tangier sebelum berpindah ke Damsyik, di mana beliau menghabiskan masa selama lima tahun di Institut Abu Noor demi menekuni dan menguasai bahasa Arab, hukum Islam, dan ilmu kalam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePengajian intelektual beliau diteruskan di Tarim, Yaman menerusi pengajian secara persendirian, sebelum beliau akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Syariah daripada Universiti al-Azhar, Kaherah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKini, beliau berkhidmat sebagai Imam di Midtown Mosque di Memphis, dan merangkap Presiden Akademi Miraj.\u003c\/p\u003e","brand":"IGP MY","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":54792462827811,"sku":"PTA040326","price":60.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0856\/3916\/8291\/files\/Pembukaan_Tanpa_Akhir__main.jpg?v=1772598742","url":"https:\/\/imamghazali.my\/products\/pembukaan-tanpa-akhir","provider":"IGP MY","version":"1.0","type":"link"}